Monday, August 30, 2010

MOTIVASI DIRI............UNTUKKU.........




* jika awak memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah awak mengambil terus ikan itu...
janganlah awak sesekali melepaskan ia semula
ke dalam air sebegitu sahaja,
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya
ketajaman mata kail awak...dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup...

* begitulah juga setelah awak memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangi awak...
hendaklah awak menjaga hatinya...
jangan sesekali awak terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama awak
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati awak....






"setelah satu pintu tertutup, pintu lainnya terbuka. tetepi kerap kali kita terlalu lama memandang dan menyesali pintu yang telah tertutup sehingga kita tidak melihat pintu yang telah dibuka untuk kita."

                                            (alexander garham bell)

Friday, August 27, 2010

NAK TIDUR..............

salam kepada semua pembaca blog Kaunselor Hagemaru. sekarang ni Kaunselor Hagemaru sedang mengalami satu masalah iaitu tidak boleh tidur. tau tau la apa masalahnya. sudah puas kaunselor hagemaru buat pelbagai aktiviti, tetap x lena juga. apa nak jadi la dgn kaunselor hagemaru ni. masuk hari ni dah hampir seminggu x tidur malam. tadi pun tertidur dalam pukul 6.40pg dan bangun semula 7.15pg. x sampai sejam dan terjaga semula dan x boleh tidur terus. dah x boleh tidur tu....kaunselor hagemaru apa lagi....aktifkan blog la...sambil2 tu cari maklumat mcm mana nak tidur dgn lena...so, jom kita tengok bagaimana cara untuk tidur dgn lena......





Tidur adalah sitirahat yang paling baik. Semua orang membutuhkan tidur sekuat apapun orang itu. Tidur adalah siklus alami dari sistem kerja tubuh manusia. Ibarat mesin, tubuh manusia membutuhkan istirahat agar tubuh dapat bekerja lagi.
Selain makan dan minum, tidur merupakan titik awal munculnya energi baru. Jika tidur kita nyaman, ketika bangun tidur pasti tubuh terasa segar dan bersemangat.
Berikut ini ada 10 cara tidur yang baik dan nyaman : 
  1. Jika habis berpergian sebaiknya mandi dan bersihkan badan sebelum tidur. Jika terlalu larut untuk mandi, cuci muka dan cuci tangan pun cukup. Tujuannya untuk memberi kesegaran pada pori-pori kulit Anda. Rasa segar dari cipratan air juga memberikan efek yang baik terhadap sirkulasi darah dan otot tubuh.
  2. Gunakan pakaian yang longgar dan berbahan lembut
  3. Tidurlah di ruangan yang sirkulasi udaranya baik.
  4. Jangan tidur dengan posisi kepala lebih rendah dari anggota badan yang lain
  5. Jika kaki pegal, Anda bisa memberikan relaksasi pada kaki dengan cara menaruh kaki Anda ke tempat yang lebih tinggi, misal dengan memberi bantal.
  6. Gunakanlah bantal dan usahakan posisi bantal dikepala Anda tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi tehadap posisi tubuh. Buatlah dudukan kepala Anda senyaman mungkin.
  7. Gunakan juga kasur yang juga dan empuk
  8. Sebaiknya melepas seluruh perhiasan atau aksesoris di tubuh Anda, seperti cincin, ikat rambut dan kalung agar sirkulasi darah dalam tubuh Anda benar-benar lancar saat tidur. Lagipula benda-benda tersebut membuat Anda tidak nyaman ketika tidur.
  9. Posisi tidur yang paling baik adalah terlentang
  10. Jangan lupa berdoa


jadi...minta2 la kaunselor hagemaru dapat tidur dgn lena pasni....badan pun dah lemah sgt sebab x tidur......

SaJaK kAsIh SaYaNg IbU bApA........


HARI BERGANTI HARI
MINGGU BERTUKAR MINGGU
BULAN TERUS MENJELMA
SAAT YANG DINANTIKAN MAKIN TIBA
IBU RESAH AYAH GELISAH
MENANTI SAAT KELAHIRAN
ANAK YANG AKAN MEMBAHGIAKAN MEREKA
GEMBIRANYA IBU
BERSYUKURNYA AYAH
MENERIMA TETAMU YANG DINANTI
ITULAH AKU YANG BARU MENGENAL DUNIA
AKU DICIUM IBU AKU DITATANG AYAH
UMPAMA MINYAK YANG PENUH
AKU DIBESARKAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG
IBU BERLARI MENDENGAR TANGISANKU
AYAH MASIH LAGI MEMBANTING TULANG
UNTUK MENYARA HIDUPKU
AKU DIRUMAH SELAMAT DALAM
DAKAPAN IBU
KINI AKU TELAH DEWASA
IBU AYAH MASIH TETAP MENYAYANGIKU
PERNAH SATU KETIKA
IBU TERSENTUH DENGAN TINGKAHKU
SEMALAMAN IBU MENANGIS
BERENDAM AIR MATA
AKU HAIRAN KENAPA IBU BEGITU
AYAH DATANG MENGHAMPIRIKU
DINASIHATNYA AKU
OH TUHAN AKU BERDOSA PADA IBU
OH TUHAN AKU DERHAKA PADA AYAH
AKU MENJADI ANAK YANG
TIDAK MENDENGAR KATA
MAAFKAN AKU IBU
MAAFKAN AKU AYAH
AKU TIDAK SEDAR TINGKAHKU SELAMA INI
BEGITU MENYIKSA KALIAN
AKU BERJANJI PADA MU IBU
AKU BERJANJI PADA MU AYAH
SATU HARI NANTI AKU AKAN MENJADI
ANAK YANG AKAN MEMBANGGAKAN KALIAN
KASIH SAYANG YANG KALIAN CURAHKAN
AKAN KUSEMAT SEDALAM DALAMNYA
DILUBUK HATI
AKU MENGERTI KINI
KASIH SAYANG AYAH DAN IBU
TIDAK DAPAT DIJUAL BELI
IBU AYAH BERSYUKURNYA AKU
MENJADI ANAKMU
PENGORBANANMU AKAN KU KENANG
SELAMA LAMANYA HINGGA
AKHIR HAYATKU

NUKILAN
ariman
                                        
harap-harap bakal cikgu perempuan keluaran UPSI  x demand macam ni ek....kalau x mesti ramai la yang daftar masuk kelab andartu....hehehehe

12 CARA MENANGANI KESEDIHAN......

  1. Sediakanlah ruang dan waktu; jiwa Anda perlu waktu untuk pemulihan.
    Berilah ruang bagi diri Anda sendiri. Kurangi harapan-harapan Anda dan santailah. ertinya, jangan menyiksa diri Anda jika impian atau kerja-kerja tak terlaksana seperti yang diharapkan.
  2. Ceritakanlah
    Carilah teman dekat untuk mencurahkan perasaan Anda. Sangat penting untuk melepaskan kesedihan Anda dengan orang lain. Manusia diciptakan untuk menjadi makhluk sosial. Namun, imbangilah hal ini dengan menyisihkan waktu dan ruang untuk sendirian.
  3. Katakan, "Selamat tinggal."
    Buatlah sebuah surat perpisahan kepada seseorang yang telah meninggalkan Anda. Itu adalah salah satu jenis penghilangan emosi yang dapat membantu proses penyembuhan. Namun, jangan paksakan diri Anda. Lakukanlah hal ini bila Anda merasa bahwa apa yang Anda lakukan itu baik.
  4. Kenanglah
    Kumpulkan semua benda kenangan Anda bersama orang yang Anda cintai yang berupa foto, hadiah-hadiah, surat-surat, dan kartun-kartun. Tunjukkan koleksi tersebut kepada orang lain untuk membantu Anda mencurahkan perasaan Anda.
  5. Menangislah
    Menangislah jika Anda sudah siap. Anda mungkin dalam keadaan terguncang dan penyangkalan, bahkan tidak merasakan kesedihan selama beberapa waktu, jam-jam pertama, atau kadang-kadang bahkan beberapa hari setelah kehilangan. Namun, ketika saatnya emosi mulai muncul, biarkan air mata Anda mengalir.
  6. Pergilah keluar!
    Habiskan waktu untuk minum teh atau kopi di kafe, berkeliling di toko buku, atau jalan-jalan di pertokoan atau di taman.
  7. Carilah dukungan.
    Bicaralah dengan orang-orang yang dalam hidupnya sudah pernah mengalami kehilangan.
  8. Ampunilah
    Anda mungkin berpikir atau mengatakan "Saya seharusnya .... Saya seharusnya tidak .... Saya dapat .... Jika saja saya dapat ...." Pikiran-pikiran tentang apa yang seharusnya dilakukan dan tidak dilakukan hanya akan membuat Anda gila. Tak ada manusia yang sempurna, jadi ampunilah diri Anda sendiri dan orang lain.
  9. Mencari pelarian.
    Pelarian bisa jadi hal yang sehat dalam dosis yang tepat dan bisa disalurkan dalam berbagai bentuk. Misalnya, seseorang yang dalam keadaan tertekan dapat menghabiskan banyak waktu untuk tidur. Hal ini sebenarnya merupakan bentuk mekanisme pertahanan tubuh. Jadi, carilah pelarian! Pergilah menonton ke bioskop, lakukanlah hobi baru, banyaklah tidur siang, atau lakukanlah suatu perjalanan.
  10. Berdoalah
    Baca dan renungkanlah Kitab Suci. Bacalah Mazmur 23, 139, 27; Yohanes 14:1—6, 11:25—26, Roma 8:31—39, 1Korintus 15:1—58, dan Wahyu 21:1—6. Biarkan Allah yang memulihkan Anda.
  11. Singkirkanlah yang negatif.
    Hentikan pikiran-pikiran negatif — ingat, pikiran-pikiran itu mengubah unsur-unsur kimia dalam otak Anda menjadi hal-hal yang lebih buruk. Berhatilah-hatilah berada di antara orang-orang yang negatif. Jika memungkinkan, menjauhlah dari keadaan yang membuat Anda sedih (lihat "Larilah").
  12. Bersukan
    Jangan mengabaikan tubuh Anda. Sekali-sekali, pergilah ke gimnasium, di mana Anda akan dikelilingi oleh banyak orang. bersukan dapat memperbaiki penghargaan diri dan menghasilkan hormon-hormon positif dalam tubuh Anda. Kenikmatan yang timbul saat endorfin dilepaskan selama bersukan dapat memberikan hasil yang mengagumkan.

Thursday, August 26, 2010

SAAT MENILAI CINTA......






APAKAH progres perhubungan cinta anda tahun lalu?


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'

Sunday, August 22, 2010

hyeeee.........semua.....

alhamdulillah.....syukur ke hadrat ILAHI sebab ada la perubahan sedikit kat blog saya ni.....ni semua berkat tunjuk ajar drpd iema kawai n izzati......mekaceh ek kepada ampa 2 org sebab sudi ajarkan saya bagaimana nak hias blog ni........tapi ni pun masih ada yg kurang ni....xpe2....tok guru seterusnya bakal menjelma......hehehe.....salam.....jumpa lagi kita pasni ok.........nantikan kemunculan hagemaru di kawasan perumahan anda.......hahahahaha

Tuesday, August 17, 2010

Jikaku tak bangun esok pagi- OST Cicakman
jika ku tak bangun esok pagi,
sayangku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.
andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.
bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.
kalau ada yang sudi mengganti,
sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.
sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.
ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi

BLOG TERBARU

salam...........ini blog baru saya.....blog yg lama x ingat passowrd hehehehe........so, salam perkenalan....dari hagemaru hageda..........